Sejarah menunjukkan Daerah Gunong wujud sekitar tahun 1832 bersama Kampung Laut, Banggol, Lebir dan Bukit Merah ketika Kelantan diperintah oleh Sultan Mohammad II (1832-1878) yang juga memerintah Kelantan serta jajahan takluknya. Daerah Gunong yang ketika itu dikenali sebagai "Pancor" adalah di bawah pemerintahan Long Yusoff, putera kepada Long Ahmad. Beliau yang dikenali sebagai "Raja Bukit Pancor" mempunyai pusat pemerintahan yang sekarang ini dikawasan yang terletak "Gunong Kuari" sekarang ini. Beliau yang kalah perang dengan abang iparnya, Long Tam, Raja Limbat di Kampung Padang MooKan, Dalam Daerah Peringat telah melarikan diri ke Kemaman , Terengganu.
Asal-usul nama daerah Gunong berasal dari sebuah bukit yang mempunyai ketinggian hampir 600 meter dengan keluasan hampir 200 hekter yang terletah di tengah-tengah daerah itu. Bukit tersebut dikenali sebagai "Bukit Gunong" telah diwartakan sebagai " Tanah Sultan" atau "Sultan Land".
Keluasan Daerah Gunong ialah 57.54 kilometer persegi atau 22.20 batu persegi dengan bentuk muka bumi yang rata dengan bukit-bukit seperti Bukit Gunong, Bukit Chenda, Bukit Bator, Bukit Kechik dan Bukit Hanyut.kampung kawe kg keting..
No comments:
Post a Comment