Friday, April 19, 2013

suatu nikmat

ya ALLAH.. aku bersyukur atas semua nikmat2MU yang telah kamu berikan padaku.

dalam kesamaran waktu magrib, takkala manusia sedang sibuk membeli makanan di pasar malam. aku menegur seorang tua yang buta berjalan di tepi jalan raya. aku bertanya mahu kemana, dia menjawab ke station bus.(jika kamu tahu antara pasar malam seksyen 6 hingga ke station bus depan balai polis jaraknya hampir 300m ditambah 3 cabang3 yang sibuk). ya Allah..seorang buta, seorang diri,berjalan dalam kegelapan, menempuh jalan berliku..betapa kuatnya beliau, senyuman terkuntum di bibirnya di saat aku tawarkan membonceng motorku. "x pa la nak, pak cik dah biasa terima kasih"...
akan ku sebutmu dalam doaku.