Yang bukan milikmu tentu:
1) Ia akan menjadi
milikmu, atau
2) Ia akan menjadi milik
orang lain.
Jika ia milikmu, ia akan
datang kepadamu dan kau akan dibawa kepadanya sehingga pertemuan antara kau dan
ia terjadi segera. Sedang yang bukan milikmu, maka kau akan dijauhkan darinya
dan ia pun akan menjauh darimu, sehingga kau dan ia takkan bertemu. Allah
berfirman: "Dan jangan kamu tujukan kedua matamu kepada yang telah Kami berikan
kepada golongan-golongan dari mereka sebagai bunga kehidupan duniawi ini, agar
Kami cubai mereka dengan-nya. Dan kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal."
(QS 20:131) Nah, Allah telah melarangmu memerhatikan yang bukan hakmu.
Ia telah memperingatkanmu bahawa yang selain ini adalah cobaan, yang dengan-nya Ia menguji mereka dan bahawa keredhaanmu dengan bahagianmu lebih baik bagimu, lebih suci dan lebih disukai; maka jadikanlah ini sebagai jalanmu, yang melaluinya kau akan memperoleh segala kebaikan, rahmat, kegembiraan dan keindahan. Allah berfirman:
"Tiada jiwa pun yang tahu apa yang disembunyikan bagi mereka, iaitu yang akan mengenakan mata, sebagai balasan atas yang telah mereka perbuat." (QS 32:17)