Tuesday, August 14, 2012

lidi nyo

kalu aku wat saloh benda ni la mek guna wat piat.
kalu seberkas x berapo nok sakit
kalu seurat perit wei..panas pedih rasanya.

tapi bukan benda ni yg buat aku sakit n sedar
tapi kerana hati mek ku yg tercinta.
ibu mana sanggup te'i anok dia
mek ku piat dgn hati dia
bkn dgn lidi nyo
sebab 2 aku jadi manusia lo ni..terima kasih mek..

tarik menarik

tariklah..
jagan ditarik
jauhi penarik
dekatkan tarikan

ku menghitung..

mula detik ku kira...
sampai ke saat ku menanti
hingga ke jam ku termenung..
hingga datangnya hari yang merangkak perlahan berkumpul menjadi minggu
tanpa ku sedar bulan sepurnama
hinggalah setahun telah berlalu.

untuk apa ku menanti
untuk apa ku sabar menunggu
untuk siapa hasilnya nanti

kelmarin telah berlalu
hari ini telah kita tempuhi
hari esok belum tentu dapat dirasai

untuk apa hari dihitung..
sekadar hamba mengharap kebaikan
mencari kebahagian
mengukir kejayaan
melupakan kesedihan

takdir itu pasti
usaha itu mesti
hasil itu rezeki..