Thursday, November 29, 2012

risalah 25

Yang bukan milikmu tentu:
1) Ia akan menjadi milikmu, atau
2) Ia akan menjadi milik orang lain.
Jika ia milikmu, ia akan datang kepadamu dan kau akan dibawa kepadanya sehingga pertemuan antara kau dan ia terjadi segera. Sedang yang bukan milikmu, maka kau akan dijauhkan darinya dan ia pun akan menjauh darimu, sehingga kau dan ia takkan bertemu. Allah berfirman: "Dan jangan kamu tujukan kedua matamu kepada yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka sebagai bunga kehidupan duniawi ini, agar Kami cubai mereka dengan-nya. Dan kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal." (QS 20:131) Nah, Allah telah melarangmu memerhatikan yang bukan hakmu.

Ia telah memperingatkanmu bahawa yang selain ini adalah cobaan, yang dengan-nya Ia menguji mereka dan bahawa keredhaanmu dengan bahagianmu lebih baik bagimu, lebih suci dan lebih disukai; maka jadikanlah ini sebagai jalanmu, yang melaluinya kau akan memperoleh segala kebaikan, rahmat, kegembiraan dan keindahan. Allah berfirman:
"Tiada jiwa pun yang tahu apa yang disembunyikan bagi mereka, iaitu yang akan mengenakan mata, sebagai balasan atas yang telah mereka perbuat." (QS 32:17)

seorang..

apakah sekarang ketenangan yang menjadi dambaan?
apakah sekarang kebahagian yang menjadi sandaran?
apakah kebendaaan yang paling diutamakan?
 seorang diri...menghembus nafas.semua berlalu pergi.




dimanakah?










masa terluang
aku berhutang

menjadi penghalang
untuk bertentang
sesuatu yang senang

yang selalu terbuang
bebanan yang malang
untuk ku bawa pulang

bkn hanya disini...

“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan” [Qur’an, Surah At Taubah : 82]

risalah 1

Tiga hal mutlak bagi seorang Mukmin, dalam segala keadaan, iaitu:
(1) harus menjaga perintah-perintah Allah, 
 http://www.alhikmahsj.com/wp-content/uploads/2012/01/allah.jpg
(2) harus menghindar dari segala yang haram, 
http://desaislam.files.wordpress.com/2011/10/makanan-haram.jpg
(3) harus redha dengan takdir Yang Maha Kuasa.
 http://oediku.files.wordpress.com/2010/11/derap-langkah.jpg

 Jadi seorang Mukmin, paling tidak, memiliki tiga hal ini. Bererti, ia harus memutuskan untuk ini, dan berbicara dengan diri sendiri tentang hal ini serta mengikat organ-organ tubuhnya dengan ini

Monday, November 12, 2012

buat suriku...

dunia itu indah..
bertambah indah ada mu sebagai pelengkapnya.

dunia itu bahagia
bertambah syukur jika mu ahlinya.

dunia itu luas
bertambah lapang denganmu terekoinya.

dunia itu manis
bertambah nikmat kecapi bersamamu.

dunia itu terang
bertambah cahaya dengan senyumanmu

dunia itu ceria
bertambah suka dengan ceritamu

dunia itu tenang
bertambah linang dengan doamu

dunia itu...dunia yang ku nantikan..yang ingin kita kongsikan.ku sebutmu dalam doaku.....

Monday, October 22, 2012

manis...

ku tersenyum...
sambil termenung..

merancang masa depan
tapi suatu yang sia2
masa depan memang sudah ditakdirkan
x perlu untuk dirisaukan.

perkahwinan...
walau janji setia dpersembahkan
nyawa dan badan dipertaruhkan
namun...
kalau x tertera ikatan antaranya
bukan rezeki dariNYA
x perlu bersedih

                                   ...hanya senyum menelan manisnya batawali......

Sunday, October 21, 2012

TIDUR

......selagi kau tidak menjadikan dunia itu ibarat kau tidur maka hati kau masih lagi terikat dengan dunia...


adakah ketika tidur kau mahu makan?
adakah ketika kau lena kau bernafsu?
tiada berkehendak kepada emas permata takkala kau lena..

tidur itu nikmat
dalam tidur itu hikmah
tidur itu perjalanan
tidur itu rahsia

suatu kenikmatan..

nikmat dunia sekadar segelas air kosong...
carilah nilai kesyukuran dalam nikmat yang kita nikmati.

Friday, September 28, 2012

taubat....

dalam hati dosa ibarat benih yang kecil
dari sehari-hari ia subur brcambah

 takkla ia masih kecil cabutlah ia
cabutlah ia dengan bertaubat

jangan biarkan ia terus subur di dalam hatimu
berakar tunjang dalam hatimu


 hingga kau sendiri tidak lagi mampu menebang,mencabut bahkan memaut rantingnya.

Monday, September 24, 2012

Dekatnya...

Berdoa untuk si mati kerana doa ketika keadaan ini diaminkan oleh malaikat. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah Al-Baihaqi:
إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيْضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُوْلُوْا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُوْنَ عَلَى مَا تَقُوْلُوْنَ
Maksudnya: Apabila kamu menghadiri (ziarah) orang sakit atau orang mati maka ucapkan ucapan yang baik kerana para malaikat mengaminkan atas apa yang kamu ucapkan.
Peluang berdoa memohon rahmat serta keampunan untuk si mati ini banyak disia-siakan oleh penziarah dan bahkan oleh keluarga si mati sendiri. Sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berbuat demikian sepanjang masa lebih-lebih lagi dalam keadaan menghadapi kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Muhammad ayat 19:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
Maksudnya: Dan mohonlah keampunan bagi dosa kamu dan dosa orang-orang beriman lelaki dan perempuan.
Malangnya mereka begitu sibuk dengan “acara-acara” yang telah di susun dan diaturacarakan oleh adat dan amalan yang tidak thabit dari sunnah Nabi Muhammad SAW. Sedangkan kalau di lihat dari keterangan-keterangan yang bersumber dari sunnah Nabi Muhammad SAW apabila terjadi kematian maka doa dari orang yang hidup amat ditekankan. Kita dapat lihat secara jelas perkara ini bermula dari:
Selepas mati (seperti hadith di atas)
Dalam solat jenazah
Di kubur selepas dikebumikan
Oleh itu setiap penziarah dan juga keluarga si mati hendaklah memberi perhatian yang besar tentang perkara ini. Janganlah disia-siakan peluang berdoa dalam keadaan yang begitu penting ini, lebih-lebih lagi doa tersebut diaminkan oleh para malaikat. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa menziarahi jenazah Abu Salamah RA melalui doa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ِلأَبِيْ سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ
Maksudnya: Ya Allah berilah keampunan untuk Abu Salamah, angkatlah darjatnya di dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk, kurniakanlah gantinya untuk orang yang ditinggalkannya, berilah keampunan untuk kami dan untuknya wahai Tuhan semesta alam dan lapangkanlah kubur untuknya serta penuhilah cahaya didalamnya.
Keterangan: Bagi sesiapa yang ingin berdoa dengan doa ini ketika menziarahi si mati, maka tukarkan tempat nama Abu Salamah itu dengan nama si mati. Sebagai contoh si mati bernama Muhammad:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمُحَمَّد وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ……………….
Sekiranya penziarah atau keluarga si mati ingin menambah dengan doa yang lain maka boleh di pilih doa-doa yang berkisar kepada pengampunan dosa, memohon rahmat, dijauhkan azab kubur dan neraka, masuk syurga dan lain-lain.
Kemudian kita juga dapat melihat dalam suasana kematian ini ramai yang duduk di sekeliling jenazah sambil membaca Al-Quran atau surah-surah tertentu yang ditujukan bacaan tersebut untuk simati. Persoalannya adakah bacaan tersebut sampai kepada si mati? Di sisi Imam As-Syafie tidak sampai pahala bacaan Al-Quran dari orang hidup untuk orang yang telah mati. Berkata Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim (Jilid 4 mukasurat 98 cetakan Darul Hadith, Al-Qaherah-cetakan pertama 1994):
“Dan yang masyhur di dalam mazhab kami (As-Syafie) bahawa membaca Al-Quran (untuk simati) tidak sampai pahalanya”.
Ini berbeza sekiranya Al-Quran itu di baca oleh anak si mati kerana setiap amalan kebajikan yang dikerjakan oleh anak pasti diperolehi pahalanya oleh ibu dan bapa walaupun tidak diniatkan untuk kedua-duanya.
Sampaiya pahala setiap amalan kebajikan anak kepada kepada kedua-dua ibubapanya berdasarkan kepada “anak merupakan hasil dari usaha ibubapa”. Sabda Nabi SAW tentang perkara ini di dalam hadith riwayat Ahmad, Al-Bukhari (di dalam kitabnya At-Tarikh Al-Kabir), Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Majah:
إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ
Maksudnya: Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah dari hasil usahanya dan sesungguhnya anak adalah dari hasil usahanya.
Tapi yang malangnya dalam masyarakat kita ialah anak tidak berperanan ketika dalam keadaan ini. Urusan yang penting ini di serah dan diharapkan bulat-bulat kepada orang lain. Dimanakah silapnya. Adakah si anak malu atau tergagap-gagap atau lebih buruk lagi tidak pandai membaca Al-Quran? Oleh itu kepada sesiapa yang bergelar ibubapa janganlah di beri dunia semata-mata kepada anak-anak, berikan sama (atau lebih) agama kepada mereka kerana faedahnya adalah untuk ibubapa juga, bukan untuk orang lain.
Kesembilan: Menyediakan makanan untuk keluarga si mati oleh jiran-jiran. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat As-Syafie, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Al-Baihaqi ketika datang perkhabaran kematian Ja’far bin Abi Thalib yang syahid pada Peperangan Mu’tah:
اصْنَعُوْا ِلآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَقَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ
Maksudnya: Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana sesungguhnya telah menimpa mereka suatu perkara yang menyusahkan mereka.
Berkata Imam As-Syafie di dalam kitabnya Al-Umm (Jilid 2 mukasurat 635 cetakan Darul Wafa’, cetakan pertama 2001) mengenai perkara ini:
“Aku menyukai bagi jiran si mati atau kerabatnya membuat untuk keluarga si mati pada hari kematiannya dan sebelah malamnya makanan yang mengeyangkan mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah sunnah. Dan ia adalah satu tanda ingatan yang mulia di mana ia merupakan sebahagian dari perbuatan ahli kebaikan sebelum dan selepas kita”.
Inilah sunnah yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW dan juga sebagaimana yang di sebut oleh Imam As-Syafie di atas. Semestinya bagi keluarga si mati tidak menyibuk dan menyusahkan diri mereka menyediakan makan apa lagi menjemput orang ramai ke rumah pada malam-malam tertentu kemudian menyediakan makanan untuk jemputan yang hadir. Berkata Dr. Wahbah Az-Zuhaily di dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh (Jilid 2 mukasurat 549-550 cetakan Dar Al-Fikr, cetakan kedua 1989):
“Adapun ahli keluarga si mati membuat makanan kepada orang ramai maka ia adalah makruh dan bid’ah yang tiada asal baginya (dari Nabi SAW). Perbuatan sedemikian menambahkan lagi atas musibah mereka serta menyusahkan mereka atas kesusahan yang telah menimpa mereka dan menyerupai perbuatan ahli jahiliyyah. Sekiranya ia melibatkan harta waris yang belum baligh maka haram disediakan makanan (tersebut)”.
Kemudian Dr. Wahbah Az-Zuhaily membawa satu riwayat daripada seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Jarir bin Abdullah Al-Bajali RA dengan katanya:
كُنَّا نَرَى اْلإِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنَ النِّيَاحَةِ
Maksudnya: Kami (sababat-sahabat Nabi Muhammad SAW) mengira bahawa berkumpul bersama keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk dalam meratap.
Demikian juga di sebut di dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Imam As-Syafie karangan Dr. Musthofa Al-Khin, Dr. Musthofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji (Juzuk 1 mukasurat 263 cetakan Darul Ulum Al-Insaniyyah, cetakan pertama 1989) dalam perkara ke 7 bid’ah jenazah:
“Keluarga si mati membuat makanan dan menghimpun orang ramai atasnya sebagaimana yang biasa dilakukan di zaman ini. Perbuatan ini adalah bid’ah yang bertentangan dan sangat menyalahi Sunnah”.
Sayugianya setiap orang yang cintakan Agama dan Sunnah Nabi Muhammad SAW menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara baru yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW atau sekurang-kurangnya oleh sahabat-sahabat Baginda SAW. Ini penting untuk memastikan supaya ketulenan Islam itu tetap terpelihara dan terhindar dari tokok tambah.
Kesepuluh: Ta’ziah (menyabar dan memberi kegembiraan kepada kaum kerabat si mati). Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi:
مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيْبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ الله ُسُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ اْلكَرَامَةِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ
Maksudnya: Mana-mana dari kalangan orang beriman yang memberi ta’ziah kepada saudaranya yang di timpa musibah nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kemuliaan pada Hari Qiamat.
Kemudian urusan jenazah seterusnya: di mandi, di kafan, di solat, dikebumikan.
Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja Al-Maniri

Tuesday, August 14, 2012

lidi nyo

kalu aku wat saloh benda ni la mek guna wat piat.
kalu seberkas x berapo nok sakit
kalu seurat perit wei..panas pedih rasanya.

tapi bukan benda ni yg buat aku sakit n sedar
tapi kerana hati mek ku yg tercinta.
ibu mana sanggup te'i anok dia
mek ku piat dgn hati dia
bkn dgn lidi nyo
sebab 2 aku jadi manusia lo ni..terima kasih mek..

tarik menarik

tariklah..
jagan ditarik
jauhi penarik
dekatkan tarikan

ku menghitung..

mula detik ku kira...
sampai ke saat ku menanti
hingga ke jam ku termenung..
hingga datangnya hari yang merangkak perlahan berkumpul menjadi minggu
tanpa ku sedar bulan sepurnama
hinggalah setahun telah berlalu.

untuk apa ku menanti
untuk apa ku sabar menunggu
untuk siapa hasilnya nanti

kelmarin telah berlalu
hari ini telah kita tempuhi
hari esok belum tentu dapat dirasai

untuk apa hari dihitung..
sekadar hamba mengharap kebaikan
mencari kebahagian
mengukir kejayaan
melupakan kesedihan

takdir itu pasti
usaha itu mesti
hasil itu rezeki..




Wednesday, July 18, 2012

hujan pagi ni...


"Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar
kembali kepada bentuk asalnya. "


..boleh cairkan semula n wat yang lebih baru... matahari lebih cantik selepas hujan pagi...

malam pertama..

cuba renung2..malam pertama di alam kubur macam mana ye kita ni

sapa kata?

siapa kata hidup hanya sekali???
lepas mati kita akan dihidupkan lagi dan x mati2 dah..
time 2 boleh x nak enjoy lagi?

bila diri sendiri dah terapung..


juzaili bermimpilah tentang apa yang mu nak, pergilah
ke tempat-tempat mu nak gi mana
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya
memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin
kamu lakukan.
juzaili...masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang
telah dilupakan. mu x leh melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doalah juzaili kerana doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat
orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang
ketakutan.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau mu sampai berada
dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. mu 2 adalah kapal yg
belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan mu 2 adalah
iman,dan layarnya takwa,nescaya mu akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.

aku yang ku tunggu2..belum tentu ku ketemu..

ALAHAMDULILLAH...RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN AKAN MENZIAHARAHKU...

emmm..







Telunjuk lurus kelingking berkait.


Sendi bahasa menunjukkan bangsa
Tiada di amanah agama
 Bangsa pasti  hilang harga
Telunjuk melurus menunding kesana
Tiada kira siapa orangnya
Sedap berkata berlapik tiada
Tidak sedar berkait berganda
Tertimpa diatas diri empunya.

Perilaku yang kita lakukan mencerminkan diri kita yang hina ini. Tiada guna kita mencari salah orang jika kita jalan pun senget. Iye…betul la kalau sekadar nak menegur,tapi teguran dilapikkan dengan jalan yang betul. Kesalahn orang sebagi iktibar untuk menteladani diri kita. Mencari jalan pembetulan bukan membuka keaiban..ingat..bila telunjuk lurus..empat lagi jari menunding diri sendiri..

Thursday, June 21, 2012

Friday, June 8, 2012

ore x reti baso..

kalu naik KTM mesti aku menyupoh...
tgk ore bodo x reti baso,x reti baco..besar sign board dia,siap warna merah jambu lagi..
tapi ado lagi wat x reti baso n buto.
yang tino ngelenya dok tepat jate, ore wat khas doh tempat ko puak dia, tapi bare x dok maruah nak wat lagu mana.
polis x marah pulok kalu tino dok kat koc jate..X ADIL!!!!!!

Saturday, June 2, 2012

tahukah anda

malaysia adalah antara negara yg mempunyai mufti paling ramai di dunia...




mana mereka?
kenalkah kita pada mereka?
mana tanggungjawab mereka?

dimana iman terletak zaman sekarang?

iman bukan dikepala!!!
iman di"DADA"




BETUL X????

Monday, May 21, 2012

buah kilasss


urut mengurut kembali..."untuk sakit gigi"

bismillah...picit-picit...lepas 2 doa.

ulamak vs harimau

ulamak itu seperti harimau dihutan
ngaumannya mengetarkan jiwa
melunturkan sendi sendi dibadan..
cukup dengan jejaknya..lari tidak cukup tanah
cukup dengan jelinganya...longlai rebah kebumi..
ulamak pewaris nabi..
namun jika harimau di zoo?
harimau di kandang?
siapa takut?hanya jadi pameran.
kuku tersimpan, taring terbungkam,

tunduk pada manusia...

ujud...

ketenangan yang ku cari
mana mungkin muncul kejernihan
jauh sekali timbul keheningan

gelap malam tercari punca cahaya
kenapa x mencari titik gelap di siang hari
pandangku ke langit.....kerdil diri yang hina
di atas awan..langit
di atas bintang..langit
di atas galaksi...langit
masih lagi keangkuhan diri melebihi lapisan-lapisan ini

rejab....kembali datang

amalan bulan rejab dan setiap detik kehidupan kita....

Monday, April 2, 2012

sang biru....


satu amanah yang berat
yang lain tidak mampu memikulnya...


Allah berfirman kepada para malaikat ketika akan menciptakan Adam, ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi''. (Al-Baqarah:30).

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)

''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'', yakni suatu kaum yang akan menggantikan satu sama lain, kurun demi kurun, dan generasi demi generasi, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, ''Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi'' (Fathir: 39).

Saturday, March 10, 2012

kenapa kau malas ye jalie???

pesan mek


"jalie..kalu nok saie,saie dengan ore
ingat..saie dengan curi,curi la kito."

Alhamdulillah ya Allah kau bimbing aku dengan ikatan persaudaran agamaMu.

biarkan ku senyum

senyum itu sedekah
senyum itu penawar..
ikhlaskan senyuman mu..

biar yang lain berduka
namun kamu ukir senyuman
biar yang lain kecewa
maniskan lagi senyumanmu

belajar untuk senyum
kamu peroleh sifat sabar dan syukur
sifat sebenar seorang hamba..

pahit itu ubatnya manis
senyum itu manis..........senyum la jalie..senyum la...

berposing depan matrikulasi


lagi gelap suasana maka lagi teranglah cahaya yang ada..takkala ku jauh dari laman kerinduan ada sahabat yang menjadi penawar...

Sunday, February 19, 2012

Tuesday, February 14, 2012

ehem-ehem

ribu-ribu lintang jalan
anak buaya melintang tasik
ribu-ribu orang berjalan
ku seorang dipandang cantik

serunai kehidupan










alunan apa yang membelai jiwa
yang mengusik rasa
membawa semua hanyut ke sana
tinggal sisa yang hina

setiap tiupan ada makna
supaya yang dihina jadi mulia
yang terseksa lepas merdeka
yang berdosa temuai taubatnya

aluanan apa yang mengetarkan semua
yang pasti semua suka
yang pasti dengar semuanya
kegelisahan yang ada
kering disejat oleh sang suria

aku menunggu aku tiupan
dari serunai kehidupan.

Monday, February 6, 2012

bermula langkahku ke menara gading..




disini ku buka lembaran baru..dan ku siapkan lembaran itu dengan segulung kertas...

soalanlan cepu emas

sebutkan benda yang tersorok, tersembunyi,sulit, rahsia, terlarang yang manusia ingin lihat???

...........................................jawapnnya......................
semua benda manusia nak....lebih2 lagi yang ditegah.

jalie oh jalie


kadang-kadang terkenang
kenapa aku disini
datang x dijemput
pulang x dihantar.

pentingkah aku disini
atau menjadi beban untuk ditanggung

berfikir punya fikir.....kenapa aku berfikir masalah yang enteng ini!
..........................aku hamba kepada yang Esa..........................
tiada peduli apa yang kalian kata atau hiraukan
aku mahu dipandang oleh Tuhanku
aku mahu dipuji Tuhanku